http://penerangankinta.listen2myradio.com

Tuesday, August 11, 2009









Buah Cempedak Diluar Pagar,


Ambik Galah Tolong Jolokkan,




Macam mane nak Jolok,


Galah pun tak de....

























Gambar-gambar sekitar Program Menyambut Bulan Ramadhan













Ahli Komuniti Bestari Kampung Ulu Chemor telah bekerjasama dalam menjayakan Program yang ada pada hari tersebut...semangat gotong royong dalam menyediakan hidangan masih di amalkan di Kampung Ulu Chemor.










Pada 8.8.2009 bertempat di Anjung Bestari Kg.Ulu Chemor telah diadakan Program Menyambut BuLn Ramadhan.

Thursday, July 16, 2009


































Cik Krisya merupakan orang pertama yang membuka tirai Program Derma Darah Anjuran Jabatan Kesihatan



Program Senamrobik



Sekitar Majlis Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran Komuniti Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat) Bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Perak.

KUMPULAN NASYID KOMUNITI BERSTARI MUKIM ULU KINTA LAHAT MENGADAKAN PERSEMBAHAN BERSEMPENA MAJLIS FORUM PERDANA EHWAL ISLAM....

PROGRAM INFO BESTARI K.BESTARI MUKIM ULU KINTA (LAHAT)

Pada 11.Julai.2009 K.Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat) telah mengadakan Program Info Bestari yang diadakan di Dataran Anjung Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat). Program telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga ke 2.30 petang.
Program tersebut telah dimulakan pada malam 10.Julai.2009 yang mana pada malam tersebut telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Perak. Sambutan yang diberikan pada malam begitu menggalakkan. Kira-kira 400 penonton terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah hadir bagi menjayakannya.
Program tersebut telah diteruskan pada pagi Sabtu 11.Julai.2009 dengan acara senamrobik, Pameran dari agensi kerajaan dan swasta serta sesi taklimat dari Institut Teknologi Perak berkenaan dengan peluang melanjutkan pelajaran di institusi tersbut. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut mengadakan Kempen Derma Darah dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat serta tetamu.
Ahli Jawatankuasa K.Bestari bersama-sama pelajar Jurusan Perhotelan bidang Masakan Institut Teknologi Perak telah bergotong royong menyediakan jamuan tengah hari bagi program tersebut.
Majlis Perasmian Program Info Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak yang mewakili Yang Berbahagia Dato'Hj.Zainal Abidin Bin Hj.Omar Pengarah Pembangunan Negeri Perak.

Wednesday, July 8, 2009

Program Ceramah Kelab Setia

Encik Mohd Akhir bin Tumin sedang menyampaikan ceramah


Pada 8 Julai 2009 lalu, seorang staff Jabatan Penerangan Daerah Kinta, iaitu Encik Mohd Akhir bin Tumin telah diundang oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menyampaikan Ceramah yang berjudul "Gejala Sosial" kepada ahli-ahli Kelab Setia Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, sempena Majlis Taklimat dan Perasmian Kelab Setia di sekolah tersebut yang telah dirasmikan oleh Encik Abdullah bin Sulaiman mewakili Pengarah Penerangan WPKL.

Sunday, June 14, 2009

PENGHAKIMAN KB TERBAIK 2008 PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 20 Jun 2009 lalu satu lagi sejarah, telah tercatat bagi Komuniti BESTARI Mukim Sungai Raia, Simpang Pulai, Ipoh kerana mewakili Negeri Perak, ke Pertandingan Anugerah Komuniti BESTARI Terbaik 2008 Peringkat Kebangsaan. Pejabat Penerangan Daerah Kinta mengucapkan syabas serta selamat maju jaya kepada Pengerusi serta AJK dan ahli-ahli Komuniti BESTARI Mukim Sungai Raia, serta tidak lupa kepada Pegawai Penyelaras Encik Mohd Akhir bin Tumin yang banyak membantu dari segi khidmat nasihat dan sokongan moral.