http://penerangankinta.listen2myradio.com

Thursday, July 16, 2009

PROGRAM INFO BESTARI K.BESTARI MUKIM ULU KINTA (LAHAT)

Pada 11.Julai.2009 K.Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat) telah mengadakan Program Info Bestari yang diadakan di Dataran Anjung Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat). Program telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga ke 2.30 petang.
Program tersebut telah dimulakan pada malam 10.Julai.2009 yang mana pada malam tersebut telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Negeri Perak. Sambutan yang diberikan pada malam begitu menggalakkan. Kira-kira 400 penonton terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah hadir bagi menjayakannya.
Program tersebut telah diteruskan pada pagi Sabtu 11.Julai.2009 dengan acara senamrobik, Pameran dari agensi kerajaan dan swasta serta sesi taklimat dari Institut Teknologi Perak berkenaan dengan peluang melanjutkan pelajaran di institusi tersbut. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut mengadakan Kempen Derma Darah dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat serta tetamu.
Ahli Jawatankuasa K.Bestari bersama-sama pelajar Jurusan Perhotelan bidang Masakan Institut Teknologi Perak telah bergotong royong menyediakan jamuan tengah hari bagi program tersebut.
Majlis Perasmian Program Info Bestari Mukim Ulu Kinta (Lahat) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak yang mewakili Yang Berbahagia Dato'Hj.Zainal Abidin Bin Hj.Omar Pengarah Pembangunan Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment