http://penerangankinta.listen2myradio.com

Tuesday, August 11, 2009




Pada 9.8.2009 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Batu 8, Jalan Tg.Tualang telah diadakan Program Info Bestari anjuran Komuniti Bestari Mukim Tg.Tualang.




Majlis tersebut telah disertai oleh Pihak Jabatan Kesihatan yang telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Kesihatan, Pihak Polis Diraja Malaysia yang telah membuka Kuanter Pendaftaran Rakan Cop dan juga memberi taklimat mengenai statistik kadar jenayah di kawasan Tanjung Tualang. Pihak RELA juga turut bersama-sama dalam Program tersebut yang mana Pihak RELA telah membuka kuanter bagi Pendaftaran Ahli Baru RELA. Turut diadakan pertandingan Mewarna Kanak-kanak.




En.Abd Aziz selaku Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Kinta merangkap Urusetia Komuniti Bestari Negeri Perak telah menyampaikan taklimat mengenai Komuniti Bestari dan Taklimat Pengurusan Kewangan Komuniti Bestari.




Perasmian Penutup Program Info Bestari Komuniti Bestari Mukim Tanjung Tualang telah disempurnakan oleh Y.B Cik Nolee Ashilin Bt Dato'Mohamad Radzi ADUN Tualang Sekah.

No comments:

Post a Comment