PENKINTA
Wednesday, April 11, 2012
Sunday, August 23, 2009
PROGRAM SEPAKAT BESTARI PERINGKAT DAERAH KINTA

Pada 16hb Ogos 2009, Jabatan Penerangan Daerah Kinta bersama Komuniti Bestari Daerah Kinta telah mengadakan Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Kinta.
Program ini telah diadakan di Padang Awam Pekan Tanjung Rambutan yang mana Komuniti Bestari Mukim Ulu Kinta Tanjung Rambutan telah menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang baik dari ahli - ahli 11 Komuniti Bestari di Daerah Kinta yang mana hampir 1000 orang telah membanjiri Padang Awam Pekan Tanjung Rambutan bagi menjayakan program tersebut.
Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya Penyerahan Komputer kepada 6 Komuniti Bestari peringkat Mukim yang baru ditubuhkan dalam daerah Kinta, pertandingan mewarna kanak - kanak tadika, Sampahthon, Sukaneka Rakyat dan Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. Terdapat juga agensi kerajaan yang turut sama mengadakan pameran dan perkhidmatan seperti SPR, Balai Polis Tg.Rambutan, TEKUN Nasional dan beberapa agensi lain. Tak lupa juga kepada Komuniti Bestari yang turut menyertai pameran dan jualan produk keluaran ahli Komuniti Bestari.
Program ini juga mendapat maklum balas yang baik dari ahli-ahli Komuniti Bestari yang mana dijangka pada tahun hadapan, sambutan yang lebih baik akan diberikan dalam menjayakan Program Sepakat Bestari Daerah Kinta.
Sekitar Majlis Persiapan Program Sepakat Bestari Daerah Kinta
Ketua Mandur yang tenggelam-tenggelam timbul....
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)